*HUGS* TOTAL! give BLUHEPPO more *HUGS*
Get hugs of your own

Saturday, July 30, 2005

rama rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Rama-rama mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf "A1". Sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu ia sebenarnya indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

A Million Words Would Not Bring You Back,
I Know Because I've Tried.
Neither Would A Million Tears,
I Know Because I've Cried.

When I Look At You My Heart Skips
A Beat But Later That Beat Could Mean
A Lifetime Of Tears Wasted
On Something I Knew I Could Never
Have My Heart Was Taken By You,

Broken By You And Now Is In Pieces
Because Of You Of all the words of tongue or pen,
the saddest are those...it might have been.

Who do you turn to
when the only person who can stop you
from crying is the one who is making you cry?

I understand that with loves comes pain,
but why did i have to love so much?
The worst feeling in the world
is giving all the love you
have and knowing it will never be returned.

Its hard to pretend you love someone
when you don't but
its harder to pretend that you don't love someone
when you really do.

Have you ever noticed that the worst way
to miss someone is when they are right beside you
and you can never have them?
I'm afraid to love afraid to love so fast,
because every time I fall in love it never seems to last.

There are times when
I cant decide whether to see you or not,
I want to see you because
I miss you but there are times when
I dont want to see you because everytime I do,
the fact that you dont see me the way that

I see you hurts me even more ...
The weirdest thing happened the other morning...
I woke up with tears in my eyes...
and one rolling down my cheek...
and I knew I must have been dreaming of you again.

I'm not supposed to love you,
I'm not supposed to care,
I'm not supposed to live my life wishing you were there,
I'm not supposed to wonder where you are and what to do,
I'm sorry I can't help myself,
I'm in love with you.
You're not worth the tears,
you're not worth the heartache.

I don't know why I give you the time.
You're not worth the pain,
you're not worth the emptiness.
I don't know why I wish you were mine.

I'm sorry for crying over you,
because I said I wouldn't.
But I didn't promise you that,
because I knew it would be a promise
I would never be able to keep.

Nothing hurts more than realising
she meant everything to you,
but you meant nothing to her.

Never Say" I love you "if you don't really care,
never talk about feeling if they aren't really there.
Never hold my hand if you're going to break my heart.
Never say you're to,
if you never plan to start.
Never look into my eyes if all you do is lie.
Never say hello, if you really mean goodbye.
If you really mean forever,
then say you will try.
Never say forever ' cause forever makes me cry.
Giving up on Love isn't Moving On Its Giving up Your Happiness

warna

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA WARNA:
MERAH Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA WARNA:
BIRU Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang
ELAKKAN INSOMNIA WARNA:
MERAH JAMBU Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... !
CERIAKAN MOOD ANDA WARNA:
JINGGA Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.
LENYAPKAN KELETIHAN WARNA:
HIJAU Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan