*HUGS* TOTAL! give BLUHEPPO more *HUGS*
Get hugs of your own

Sunday, September 19, 2004

puisi

Antara sedari atau tidak perjalanan semajuh jauh meninggalkan pengalaman dan kenangan, namun sehingga kini hanya kesunyian menjedi teman yang paling setia…….
KESUNYIAN I
Kesunyian …….
Suatu anugerah
pada sekeping hati yang kesepian
Kesunyian …..
Suatu ketabahan
pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian ……………..
Suatu penyiksaan
pada penantian kasih abadi
Kesunyian ….
Adalah teman setia
pada kehidupanku
Kesunyian…..
Disebaliknya
suatu ujian Illahi
pada hambaNya
Kesunyian……
Anugerah Illahi
ujian pada hambaNya
dan …..
Aku pasrah
dalam kesunyian
mencari kasih
abadi



Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.
Sesekali bersyukur atas ujian ini menjadikan lebih tabah dalam kehidupan.

HIKMAH ……..
Kasih ……
Menanti kehadiran kasih
Menunggu kehadiran cinta
Ketikanya terasa sepi rindu
Kasih…..
Pasti ada hikmah ujiannya
Sebalik penantian harapan ini
Hikmah pada ada
Pada kasih yang dinanti
Pada harapan yang ditabur
Hikmah yang pasti
Aku lebih mengenal-Nya
Setelah pernah melalaikan
Terleka terlena mengingatiMu
Ketika kasih dalam gengaman
Kasih…..
Dalam penantianmu
Dalam harapan yang ku semai
Pasti ada ujian dan hikmah
Kerana Tuhan maha mengetahui
Kasih jiwa seorang insan
Lalu……
Aku pasrah dan bersyukur
Dalam kesepian erti kasih
Dalam penantian erti cinta
Hingga aku semakin dekat pada-Nya
Kasih…………..
Moga dianugerahkan pada ku
Suatu harapan yang pasti
Seketika itu…..
Limpahkan kasihMu pada ku
Curahkan rahmahMu di jiwa ku
Kasihani hambaMu yang alpa