*HUGS* TOTAL! give BLUHEPPO more *HUGS*
Get hugs of your own

Saturday, September 18, 2004

puisi

Mungkin pengalaman dapat menceritakan bagaimana sukarnya menerima hakikat penantian selama bertahun akhirnya berakhir sebagai kenangan. Ketika itu kembali kita terasa lemah dan bersendirian dalam kehidupan [ pada hakikatnya kita tidak pernah bersendirian kerana Allah sentiasa sisi kita ]
Suatu rasa yang digambarkan dengan baris-baris awal yang menjadi khazanah kehiduapan.
SEPOHON KAYU DI TENGAH GURUN……
Sepohon kayu tengah gurun
Tiada daunnya…
Tiada buahnya…
Sepohon kayu di tengah gurun
Kering….
Layu…….
Kerna pancaran mentarii merah
Sepi…….
Terasing….
Tiada sang unggas di dahannya
Sunyi…..
Dingin…..
dicengkam bayu malam
Sepohon kayu di tengah gurun
menanti dan terus menanti
Setitis hujan…..
Seekor unggas…..
sebagai teman….
Apakah itu aku……




Kemudian kita akan kembali bangun dan bangun lagi untuk membina diri dan keyakinan pada harapan yang mendatang. Harapan ditabur dan mengutip serpihan kenangan untuk diri sendiri menjadikan asas perjalanan baru, apakah ianya kukuh….dan berkekalan……..
MENANTI ESOK
Malam………
Nan gelap tanpa cahaya
Tanpa butiran bintang di angkasa
Nan sunyi tanpa suara
Rengetan cengkerik di rimba
Dan……..
Desiran bayu berpuput lembut
Dingin terasa
Kesunyian
Dan kedinginan malam
Menyaksikan perasaan
Seorang insan
Hatinya
Keresahan
Mungkin kerinduan
Malam………….
Mengajarnya
Erti kesabaran
Erti ketabahan
Menanti fajar esok menyingsing
Fajar esok
Pasti tiba untuknya
Bersama penawar
Segala kerinduan
Kesunyian
Dan ………….
Penawar itu
Bergelar kasih sayang