*HUGS* TOTAL! give BLUHEPPO more *HUGS*
Get hugs of your own

Thursday, August 05, 2004

meja

semalam lepas abis keja terus balik.... n kul 6.30 gi jumpe member kat cheras ambik pc.then balik singgah umah my untie sbb bosan takde org kat umah... my sis yg kecik takde gi pahang ade lawan hoki.then my untie ajak gi kuar jap beli brg so temankanlah .... lepas tu bali umah dlm kul 10mlm... then my mom call coz papa n mama balik lambat ade hal...........wahhhhhhhhh tinggal sorang2 lg kat umah...... kenapelah asyik kena tinggal je sorang kalau ade bf takdelah sunyi sangat... bf tu soalan 44....taklame lagi nak puasa then rase... cepat ye sungguh mase berlalu....age makin bertambah.....so aktiviti semalam setelah tinggal sorang2 kat umah ape lagi hehehhehe kat living area pasang tv kat bilik pasang radio...n tak sedar kul berape tido ... sedar2 mama bgnkan suruh tido kat bilik....

value of time

To realize the value of one year:
Ask a student who has failed a final exam.
To realize the value of one month:
Ask a mother who has given birth to a premature baby.
To realize the value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.
To realize the value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to meet.
To realize the value of one minute:
Ask the person who has missed the train, bus or plane.
To realize the value of one-second:
Ask a person who has survived an accident.
To realize the value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics.
Time waits for no one. Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when you can share it with someone special.
hebat nya bulan Rejab....bulan Allah. Jangan lupa 1 Rejab
bersamaan 17.08.2004

Kelebihan bulan Rejab yg tercatit dibawah ni agak panjang...beruntung sekali
kalau dapat di kerjakan...Bacer yer...
KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, niscaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku, dan
bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya
dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada
penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di
Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam
syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan
umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala
Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi
minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di
atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan
pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejap
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab
bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana
kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun
oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70
kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api
neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah
wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan
kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah
`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia
atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".(dari kitab
Raudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika
disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari
ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan
Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga
Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
>
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70
hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam
kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu
di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka
Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang
beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya
dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan
bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya
janganlah ditinggalkan semuanya.